Jom Berubah

Jom Berubah

Friday, July 29, 2011

Sijil halal hotel lulus segera


KUALA LUMPUR – Berita baik kepada mana-mana hotel yang ingin mengadakan tawaran bufet Ramadan untuk umat Islam berbuka puasa namun masih tidak mempunyai sijil halal.
Ia berikutan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini mewujudkan sistem pendaftaran segera yang mengambil masa satu hari sahaja khusus untuk mana-mana hotel yang berhasrat untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut.
Menurut Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha, (gambar) semua permohonan daripada pihak hotel akan diberikan keutamaan sepenuhnya sebelum bulan Ramadan yang bermula Isnin depan.
“Kita beri laluan secara fast track kepada pengusaha-pengusaha hotel ini, malah kita beri keutamaan termasuk kakitangan khusus untuk menguruskan permohonan ini dengan segera. Jakim ingin membantu mereka dan memudahkan apa jua urusan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Festival Nasyid Peringkat Wilayah Persekutuan 2011 di Dewan Muktamar Pusat Islam di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

No comments:

Post a Comment