Jom Berubah

Jom Berubah

Sunday, May 18, 2014

Bekalan air Selangor, Lembah Klang cukup semasa El Nino, kata Khalid

Selangor membuat persediaan memastikan simpanan bekalan air mencukupi ketika El Nino melanda Malaysia, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider.

MAY 18, 2014

Kerajaan negeri Selangor membuat persediaan bagi memastikan simpanan bekalan air mencukupi untuk rakyat negeri ini dan Lembah Klang untuk tempoh enam bulan apabila fenomena El Nino melanda Malaysia.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri sudah melaksanakan projek Hybrid off River Augmentation System (Horas) bagi menambah bekalan air mentah.

"Jika bulan Jun, Julai dan Ogos ini dikatakan musim El Nino, maka kita dapat menyediakan air secukupnya untuk tempoh tersebut kerana rizab air boleh menampung sehingga enam bulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelepasan program kayuhan 'Shah Alam Enduride 2014' di Shah Alam, hari ini.


Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan negara dijangka mengalami musim kering pada Jun hingga September tahun ini.

Selain itu, Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) meramalkan fenomena El Nino berkemungkinan berlaku pertengahan tahun ini dan mungkin berlanjutan antara enam hingga 18 bulan.

Sebahagian Selangor dan Lembah Klang mengalami catuan air secara berjadual dan berperingkat selama tiga bulan antara Febuari dan April ekoran kekurangan bekalan air semasa musim panas baru-baru ini. – Bernama, 18 Mei, 2014.

sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekalan-air-selangor-lembah-klang-cukup-semasa-el-nino-kata-khalid

No comments:

Post a Comment