Jom Berubah

Jom Berubah

Monday, September 29, 2014

TG Abdul Hadi dipilih ‘Ikon Tani Terengganu’ 2014



HARAKAHDAILY | 27 September 2014.

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dipilih dan diisytiharkan sebagai ‘Ikon Tani Terengganu’ 2014 kerana penglibatan beliau secara peribadi dalam bidang pertanian, penternakan dan nelayan.

Beliau dipilih pada Karnival Petani, Penternak dan Nelayan anjuran PAS Negeri Terengganu di Kuala Berang, Hulu Terengganu petang semalam, lapor BuletinOnline.

Pengarah karnival, Ustaz Saharizukirnain keika mengmumkan demikian berkata, Tuan Guru Abdul Hadi pernah menternak dan memelihara burung merpati, burung unta, kuda, kambing biri-biri, lebah, lembu dan kerbau.

Selain itu, katanya, Ahli Parlimen Marang itu juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perikanan dengan menjadikan aktiviti memancing dan menjala ikan sama ada di lat mahupun sungai sebagai suatu kegemaran di saming menyelami susah payah kehidupan sebagai nelayan.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari di Dataran Itqanul Muluk, Kampung Gaung itu, adalah usaha PAS memberikan perhatian dan tumpuan kepada golongan petani, penternak dan nelayan.

Berucap pada majlis itu, Pengerusi Lajnah Asas Tani PAS Pusat, Datuk Ir Amiruldin Hamzah berkata, majoriti mereka terlibat dengan sektor pertanian adalah orang-orang Melayu yang terus hidup dalam kemiskinan.

Katanya, para petani, penternak dan nelayan merupakan segmen masyarakat yang peratusnya cukup tinggi tergolong dalam kelompok miskin dan miskin tegar.

"Kenapa ini menjadi fenomena dalam sosioekonomi negara kita?

“Jawapannya ialah kurangnya perhatian yang diberikan oleh kerajaan dalam membela kelompok ini dan tidak seriusnya mereka dalam cuba menangani isu keselamatan makanan dalam negara kita,” ujarnya di hadapan hampir 5,000 hadirin.

No comments:

Post a Comment