Bantu Jentera PRN Negeri Sembilan & Melaka Bergerak, Bantu Suara Islam Terus Dibawa

Bantu Jentera PRN Negeri Sembilan & Melaka Bergerak, Bantu Suara Islam Terus Dibawa
Klik Untuk Menderma

Jom Berubah

Jom Berubah
Showing posts with label Berita Poilitik. Show all posts
Showing posts with label Berita Poilitik. Show all posts

Sunday, May 18, 2014

Ibu restui Dyana, puji keberanian DAP bawa perubahan

PAS timbang semua pilihan termasuk sidang khas DUN

PAS Terengganu mempertimbang semua pilihan termasuklah mengadakan sidang khas dewan undangan negeri (DUN) berdasarkan situasti terkini yang menyaksikan BN menjadi kerajaan minoriti di Terengganu.

Perkara itu dinyatakan ADUN Batu Burok dari PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi sewaktu ditanya tentang langkah PAS yang mempunyai 14 kerusi di DUN Terengganu selepas bekas menteri besar dan dua ADUN bertindak keluar Umno.

Sunday, March 16, 2014

Anwar ada kaitan dengan MH370?

Anwar mula dikaitkan dengan MH370, selepas ini?
MAR 16, 2014 HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Hari ini sudah masuk hari kesembilan kehilangan pesawat MH370 menghantui dunia.

Daripada jangkaan awal bahawa pesawat itu mungkin terhempas dengan fokus pencarian di Laut China Selatan dan Selat Melaka, pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak dalam sidang akhbar yang tidak boleh ditanyakan soalan semalam, perhatian kini bertukar dimensi dengan kebarangkalian ianya dirampas atau sengaja disabotaj pula.

Wednesday, July 24, 2013

PRU Kuala Besut : BN menang tapi tidak capai sasaran 4000 majoriti

BN kekal kerusi, majoriti 4,000 tersasar
8:14PM Jul 24 2013

Keputusan tidak rasmi untuk pilihan raya kecil DUN Kuala Besut mula diperolehi malam ini melalui sumber BN dan PAS.


Keputusan awal menunjukkan BN mengekalkan kawasan DUN berkenaan.

Monday, May 27, 2013

Petikan Beita : PAS perlu berjaga-jaga!

PAS perlu berjaga-jaga!
Posted on Saturday, May 25 @ 11:03:40 MYT by paktam
PendapatOleh SELENA TAYWALAUPUN negeri Kelantan masih kekal berada di bawah pentadbiran PAS selepas PRU13, PAS perlu ambil perhatian terhadap perkara ini sebab kemenangan tersebut diperolehi dengan jumlah kerusi yang kurang berbanding dengan pilihan raya pada tahun 2008. Kajian yang teliti dan menyeluruh perlu dibuat untuk mengetahui sebab-musabab mengapa dan kenapa PAS telah kalah dalam beberapa kerusi di Kelantan.


PAS tidak harus berasa terlalu yakin sebab corak pengundian berubah dari masa ke semasa.Jika kehilangan kerusi itu disebabkan oleh pengundi hantu atau pengundi yang telah mendapat kerakyatan segera, maka kawalan di pusat mengundi harus diperketatkan lagi dengan memberikan latihan/ kursus yang lebih mantap kepada ejen parti sebelum pilihan raya.
Apa yang lebih parah ialah jika terdapat peralihan sokongan kepada BN dan jika begitu halnya maka sebab-sebabnya perlu diketahui, dikaji dan jalan penyelesaiannya perlu dicari dengan secepat mungkin supaya sokongan ini akan berbalik kepada PAS pada masa depan.
Satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan oleh PAS Kelantan atau PAS Pusat untuk memberi tumpuan kepada perkara ini. Usah leka atau berlengah-lengah. Isu ini perlu dipandang serius oleh para pemimpin PAS dan ditangani dengan secepat mungkin.

sumber : Detikdaily

Wednesday, February 13, 2013

Sunday, December 2, 2012

Tuan Guru masih mampu urus Kelantan

Nik Aziz: 'Saya masih sihat, mampu tadbir negeri'
ROSMIZA KASIM
2 Disember 2012


Nik Aziz bersama Timbalannya, Datuk Ahmad Yaacub ketika menerima kunjungan Heliza dan Meyda Sefira di kediaman rasminya semalam.

Saturday, April 28, 2012

Ribuan mula banjiri KL


(Ribuan manusia sudah penuhi perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur menjelang himpunan Duduk Bantah jam 2 petang ini)

Saturday, January 28, 2012

Monday, January 16, 2012

Sunday, January 1, 2012

Pecat Jamil Khir

Zakat: Jingga 13 mahu Agong pecat Jamil Khir jika tidak minta maaf
Oleh Shannon Teoh
December 30, 2011


SHAH ALAM, 30 Dis — Gerakan anti-rasuah Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jingga 13 hari ini akan meminta Yang di-Pertuan Agong memecat Datuk Seri Jamil Khir Baharom dari pentadbiran negara sekiranya menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam itu tidak meminta maaf berhubung dakwaan penyalahgunaan wang zakat.

Setiausaha Jingga 13 Saifuddin Shafi Muhammad memberitahu wartawan bahawa selaku ketua agama negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memecat menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang menggunakan RM63,650 untuk membiayai kos guaman.


Thursday, December 29, 2011

Harakahdaily mempertahankan berita kenyataan Mursyidul Am

Harakahdaily pertahan berita, ini transkripnya
Harakahdaily





KUALA LUMPUR, 29 Dis: Harakahdaily mempertahankan berita kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Sehubungan itu, kami menafikan berita itu diputarbelitkan sebagaimana di dakwa.

Berikut adalah asas kepada berita berkenaan.

Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember.

Tuan Guru Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik.

Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf.

Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah?

Terimalah.

Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru?

JKR 10

Wartawan: Ustaz Nasha...

Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai.

Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut "kalimah Arab" - "Hari ini Hari Perang". Nabi kata tidak, "kalimah Arab" - "Hari ini hari kasihan belas". Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap.

Wartawan: Tok guru, kedudukan Ustaz Nasha lepas ini, mungkin di Parlimen Bachok macamana Tok Guru?

Parlimen Bachok tu orang Bachok tengoklah.

Wartawan Harakah: Bila dia dah mari minta maaf, maknanya tidak ada peluang lagilah pihak lawan nak gunakan isu sebelum ini?

Ada peluang apa lagi lah...baik.




Thursday, December 8, 2011

PAS dan PKR, masing-masing akan mengekalkan 'staus quo'

Pakatan gagal beri DAP kerusi di Kelantan
 3:03PM Dis 7, 2011
PAS dan PKR, masing-masing akan mengekalkan 'staus quo' agihan kerusi yang akan mereka tanding pada pilihan raya umum ke-13, akan datang.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah PAS akan bertanding di 51 kerusi iaitu 11 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN, manakala PKR pula bertanding di lapan kerusi iaitu tiga Parlimen dan lima DUN.