'Andai Rasulullah Bersama Kita'
Kemilau Publika
Kemilau Publika
Andai kebahagiaan yang diharapkan, maka amat perlu untuk lelaki menjadi seorang yang bijak dan sabar dalam mengemudikan bahtera rumahtangga. Setiap suami perlu berkorban untuk melakukan yang terbaik demi memastikan rumahtangga yang dibina menjadi syurga hidup yang paling nikmat. Antara lain, suami perlulah berkorban untuk mengenali dan memahami wanita.
Suami juga mesti belajar sedikit sebanyak ilmu untuk ‘menundukkan’ wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Sama ada suka atau tidak, ilmu sedemikian penting untuk membolehkan suami mengenali dan menangani wanita bergelar isteri. Dengan segala ilmu ini terisi di dada, maka suami dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri amat mencabar kesabarannya.
Secara umum, boleh dikatakan bahawa lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling.
Oleh itu, dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikiran. Atau dengan kata lain, suami perlu kreatif untuk merencanakan sesuatu yang boleh mewujudkan keceriaan dan kebahagiaan. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu bijak merancang untuk mengembalikan perasan gembira di hati isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.
Buku ini amat bermanfaat bagi lelaki mengerti akan cara Rasulullah yang mengajar menawan hati sang isteri.

sumber: Harakahdaily
No comments:
Post a Comment