Budak tadika lebih tahu dari Nazri
Written by Harakahdaily
PARIT BUNTAR, 7 April: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz sebagai lucu dan tidak masuk akal.
Ini kerana beliau menafikan bahawa isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu yang ‘bukan pakar’ untuk mengenali susuk tubuh Ketua Pembangkang itu yang merupakan suaminya berhubung isu fitnah video seks.
“Adakah beliau (Nazri) sudah tidak ada modal sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu sedangkan kanak-kanak sekolah tadika pun tahu individu yang paling hampir dan kenal benar dengan Anwar sudah tentulah isterinya yang bersama ke mana jua beliau pergi,” katanya ketika ditemui di sini.
Datuk Seri Dr Wan Azizah dipetik sebagai berkata menafikan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video berkenaan dan menimbulkan kemungkinan ia didalangi oleh BN.
Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menempelak tindakan menteri BN itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana dengan mudah mengenepikan hujah isteri Anwar berhubung penafian tersebut.
"Saya ingin bertanyakan kepada Nazri, kalau pengakuan seorang isteri mengenai susuk badan dalam video itu bukan suaminya, dari siapa lagi kita ingin percaya?" soalnya.
Dalam pada itu, Khalil yang juga Adun Titi Serong membidas ungkapan Nazri yang mengatakan “Wan Azizah bukanlah pakar yang menentukan identiti pelaku itu” sebagai hujah yang tidak boleh diterima langsung dan ini merupakan satu lagi hujah untuk melindungi individu tertentu yang merancang video fitnah itu.
“Umno BN terdesak untuk menang di Sarawak, itulah isu dan topik sebenarnya,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa video tersebut merupakan satu lagi tindakan desperado Umno BN untuk menipu rakyat Sarawak dengan harapan Pakatan Rakyat ditolak dan bagi memenangi hati rakyat di negeri tersebut untuk memperoleh kemenangan pada 16 April nanti.
“Sebagai rakyat Sarawak yang bijak, seharusnya perkara ini dipandang serius dengan menolak BN dan seluruh komponennya pada pilihan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.
“Beri undi kepada Pakatan Rakyat adalah tindakan bijak bagi menyelamatkan Malaysia dari terus ditadbir oleh BN yang tidak putus-putus menyusahkan rakyat dengan kenaikan harga minyak serta barang dan merosakkan masa depan negara yang tercinta ini,” katanya.

sumber: HarakahDaily
No comments:
Post a Comment