Jom Berubah

Jom Berubah

Thursday, May 16, 2013

Nukilan Tamu : Kawanku Azizan Razak

Kawanku Azizan Razak
Posted on Thursday, May 16 @ 06:51:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

ArtikelOleh Subky Latif



PAGI itu saya menerima beberapa panggilan bertanyakan, ‘Benarkah Ustaz Azizan (Abdul Razak) sudah mati?’


Saya tiada maklumat. Dari anak saya yang bercakap dengan anak Ustaz Azizan, dia koma tetapi menurut doktor adalah stabil.

Saya bergegas ke  Pulau Pinang berada di sisinya sebelah malam, empat jam selepas rombongan Yang Dipertuan Agong dan Yang Dipertua Pulau Pinang menziarahinya.

<img src="http://inksensei.files.wordpress.com/2012/01/azizan2brazak2b1.jpg" border="0" width="350" height="447" style="float: left; margin-left: 5px; margin-right: 5px;"/>Dia sudah begitu sejak sebelum Subuh tadi. Saya pinjam kata-kata Tun Abdullah Badawi semasa menziarahi  Ustaz Fadzil Noor di HUKM Bandar Tun Razak dulu, ‘Dia dilihat  tidur.’

Kedua kakinya dilihat hitam. Kuman kencing manis di luka kuku kakinya sudah naik ke lutut. Nasihat doktor ia mesti dipotong bagi menyelamatkannya. Wasiatnya kepada warisnya dan setiausaha politiknya, ‘Jangan potong kaki (nya)!’

Kawanku itu menghadapi dua ujian besar. Pertama kerajaan Kedah pimpinannya kalah kepada BN ketika dia sudah berada di hospital setelah memberikan penuh masa dan tenaga sepanjang kempen, tanpa pedulikan yang dia adalah uzur.

Kurang dari 24 jam setelah hilang kerajaan negeri, dia diuji supaya dua kakinya akan  hilang.

Meskipun kerajaannya kalah semangat dan kesabarannya tetap tinggi menghadapi ujian itu. Dia sempat berpesan kepada Datuk Mukhriz, penggantinya dengan riang dan bergurau.

Semangatnya tetap tinggi menghadapi penyakit jantung dan kencing manisnya pada tahap kritikal. Semua tahu badannya cukup uzur tetapi otaknya tetap berjalan laju. Sepanjang musim kempen dia memberikan tenaga yang semaksimanya.

Semasa kempen itu  dia sudah demam, tetapi tidak dihiraukannya penyakitnya. Diutamakannya perjuangan dari bahaya penyakitnya.

Semangatnya jatuh apabila  doktor memberitahu, kedua kakinya mesti dipotong. Ditambah penat perjalanan ambulans dari Alor Setar ke Pulau Pinang menjadi musibab dia pana.

Doktor tidak dapat menunggu lama untuk menyelamatkannya sebelum kuman naik ke lain bahagian. Ustaz Abdul Hadi Awang menziarahinya sehari kemudian.

Saya diberitahu, Ustaz  Hadi menasihatkan keluarganya supaya akur atas nasihat doktor. Menyelamatkan kakinya seperti tidak menyelamatkan usianya.

Pejuang memberi jiwa raga demi perjuangan. Ustaz Azizan sudah mengorbankan kedua kakinya untuk perjuangan. 48 jam sebelum kakinya dipotong dia masih di pentas perjuangan bersama rakyat.

Ketika dia masih berkhidmat di UKM kerajaan Dr. Mahathir membentuk MAPEN – Majlis Perundingan Ekonomi Negara. PAS diperuntukkan lima orang. Saya ditugaskan menyampaikan nama-nama itu kepada urusetia Mapen. Kami telah tetapkan seorang daripadanya adalah pakar ekonomi Islam dari UKM. Tetapi tiada maklumat daripadanya. Saya tanya Ustaz Fadzil apakah boleh tempat itu diganti dengan Ustaz Azizan. Jawapan Ustaz Fadzil, ‘Ia pilihan yang baik.’

Mulai dari saat itu dia mencebur penuh masa dengan PAS dan akhirnya Ustaz Fadzil memillihnya untuk menggantikan dirinya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.

Banyak yang diwarisinya dari Ustaz Fadzil termasuklah penyakitnya – jantung dan kencing manis. 



sumber : TranungKite Online

No comments:

Post a Comment