PAS perlu berjaga-jaga! |
Posted on Saturday, May 25 @ 11:03:40 MYT by paktam
Oleh SELENA TAYWALAUPUN negeri Kelantan masih kekal berada di bawah pentadbiran PAS selepas PRU13, PAS perlu ambil perhatian terhadap perkara ini sebab kemenangan tersebut diperolehi dengan jumlah kerusi yang kurang berbanding dengan pilihan raya pada tahun 2008. Kajian yang teliti dan menyeluruh perlu dibuat untuk mengetahui sebab-musabab mengapa dan kenapa PAS telah kalah dalam beberapa kerusi di Kelantan.PAS tidak harus berasa terlalu yakin sebab corak pengundian berubah dari masa ke semasa.Jika kehilangan kerusi itu disebabkan oleh pengundi hantu atau pengundi yang telah mendapat kerakyatan segera, maka kawalan di pusat mengundi harus diperketatkan lagi dengan memberikan latihan/ kursus yang lebih mantap kepada ejen parti sebelum pilihan raya. Apa yang lebih parah ialah jika terdapat peralihan sokongan kepada BN dan jika begitu halnya maka sebab-sebabnya perlu diketahui, dikaji dan jalan penyelesaiannya perlu dicari dengan secepat mungkin supaya sokongan ini akan berbalik kepada PAS pada masa depan. Satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan oleh PAS Kelantan atau PAS Pusat untuk memberi tumpuan kepada perkara ini. Usah leka atau berlengah-lengah. Isu ini perlu dipandang serius oleh para pemimpin PAS dan ditangani dengan secepat mungkin. sumber : Detikdaily |
No comments:
Post a Comment