Jom Berubah

Jom Berubah

Wednesday, June 8, 2011

Cukuplah Che Det


Bekas PM kita yang keempat nampaknya semakin berkuasa setelah menjatuhkan kerajaan tingkat empat Wisma Putra yang terkenal dengan Islam Hadharinya yang kita ditolak mentah-mentah dengan slogan Satu Malaysia.

Tidakkah sakit hati betapa program pendidikan yang gagal dilaksanakan iaitu PPSMI yang mengharu-harakan bahasa Ibunda rakyat Malaysia yang semakin terhakis dengan diselamatkan gerakan anti PPSMI itu oleh para pejuang bahasa seperti Sasterawan Negara sendiri turun padang bersama pakatan pembangkang yang mana ditentang hebat kerana kedudukan bahasa kita semakin hilang ditelan zaman.

Berapa banyak duit rakyat dibazirkan bagi menjayakan program yang tidak berpijak dibumi nyata serta dilaksanakan tanpa mendapat persetujuan seluruh rakyat jelata.

Oleh itu, sebaiknya Che Det insaf dan lebih terbuka serta jadikan Islam sebagai satu wadah perjuangan.

2 comments: