Jom Berubah

Jom Berubah

Tuesday, June 7, 2011

Video seks: Undang-undang syariah perlu ikut intipati Islam, kata Hadi


June 07, 2011
KUALA LUMPUR, 7 Jun — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata undang-undang syariah di negara ini masih dipengaruhi elemen erakolonial iaitu masih mengikuti undang-undang British.
Dipetik Bernama Online, Hadi (gambar)berkata, undang-undang syariah di negara ini perlu mengikut intipati Islam yang lebih tepat agar isu video seks yang didakwa membabitkan seorang tokoh pembangkang yang mirip Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dijadikan senjata untuk memfitnah.
“Apa yang ada di dalam enakmen pentadbiran Islam itu bukan... itu British,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Kota Baru hari ini.
Pertemuan itu diadakan selepas berakhirnya Muktamar Tahunan PAS Ke-57 kelmarin.
Muktamar itu juga meluluskan usul berkaitan video seks.
Malahan Hadi mempersoalkan kenapa tidak ditangkap khalwat terhadap si pelaku di dalam video itu daripada membuat rakaman video seks.
Beliau juga mempersoalkan, setelah dimaklumkan mengenai rakaman video itu, bahawa kenapa rakaman video berkenaan berwarna hitam putih yang jelas menunjukkan ia adalah rakaman yang lama.
Semalam Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan ketetapan sama ada rakaman video seks boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah bagi meredakan isu berkenaan yang didakwa melibatkan Anwar.
Video seks itu menjadi polemik politik apabila pendirian PAS yang mendakwa rakaman video seks dikaitkan dengan Anwar sebagai satu fitnah dan tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah kerana tidak mempunyai mata serta telinga.
Ketika menutup Muktamar Tahunan PAS Ke-57 pada Ahad, Abdul Hadi berkata, sesuatu klip video tidak boleh dijadikan bukti kerana parti tersebut berpegang kepada konsep empat saksi terutama dalam kes liwat dan zina.
sumber: The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment