Apa hendak dikatakan, mandat kerajaan BN masih ada dua tiga tahun lagi sebelum PRU 13 yang membolehkan rakyat membuat pilihan yang tepat yang sudah semestinya dapat membela rakyat terutama golongan sederhana dan rendah yang terbelenggu dengan bahana kenaikan harga barang yang naik bak air bah yang tiada nampak surutnya.
Inilah masanya kita perlu berfikir dengan panjang lebar serta dengan akal fikiran yang waras dalam usaha kita memilih sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat dan sanggup bersama rakyat sama ada susah atau senang. Sudah-sudah kita ditipu dengan janji BN yang berdegar-degar mendahulukan rakyat tapi bila menang rakyat dikesampingkan. Adakah kesilapan yang kita buat pada tahun 2004 kita hendak ulangi pada PRU 13 nanti.
Seruan ini dibuat kepada warga kampung dan felda yang nampaknya masih bersama BN dulu, kini dan selamanya. Dulu pada 1957 yang berjanji membela umat Melayu dalam segala bidang namun apa yang kita ada sekarang hanyalah sekelumit cuma berbanding bangsa asing yang semakin gah dan kuat. Kini apa yang kita ada cuma Keretapi Tanah Melayu, yang lain semakin terdesak dan terkapai di dalam gelombang kehidupan yang semakin mendesak dan menghimpit. Adakah selama-lamanya kita hendak ketinggalan di dalam arus pembangunan yang semakin mencabar dan memerlukan pembelaan dari pihak kerajaan yang boleh membela rakyat serta prihatin dengan masalah kehidupan rakyat yang sudah semestinya Kerajaan Pakatan Rakyat.
Jom Pakat Sokong
No comments:
Post a Comment